Penerangan
SIASATAN ADUAN RONDAAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PREMIS OLEH JAS TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 29 Mac 2024- Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar ( JAS) Terengganu telah menjalankan siasatan segera ke atas aduan pembakaran terbuka yang didapati berasas dengan kesan pembakaran ditemui. Pemasangan banner telah dipasang di kawasan berkenaan.
Rondaan bagi tujuan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka ( OMPT) dan memantau kawasan operasi kilang- kilang didapati
melibatkan daerah Marang, Dungun tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan.
Pemeriksaan ke atas kemudahan infrastruktur check dam di kawasan yang sering berlaku kebakaran semasa cuaca panas dan kering didapati berfungsi.
JAS sentiasa menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan kesejahteraan alam sekitar sentiasa terjamin, khususnya di negeri ini.