PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

JAS PULAU PINANG SERTAI PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN I CAR FREE DAY EDISI MAC 2024

DOE Pulau Pinang 30/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PULAU PINANG SERTAI PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN I CAR FREE DAY EDISI MAC 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/03/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

10 MAC 2024, LEBUH PANTAI: Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menganjurkan program Hari Tanpa Kenderaan "Car Free Day" Edisi Mac 2024 bertempat di Lebuh Pantai, George Town, Pulau Pinang. YBhg. Dato' Ir. Rajendran a/l P. Anthony, Datuk Bandar bersama YBrs.Sr. Cheong Chee Hong, Setiausaha Bandaraya dan barisan Ahli Majlis serta Ketua-ketua Jabatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang hadir menyerikan program bulanan yang diadakan pada hari Ahad pertama setiap bulan. JAS Pulau Pinang turut serta sebagai pempamer dalam program ini. Pelbagai acara dan aktiviti menarik telah disediakan seperti Khidmat Gunting Rambut Percuma, Klinik Sukan Pickleball, Senamrobik, Penyampaian Hadiah Pertandingan TikTok, Pameran dan Jendela Pelanggan Jabatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan gerai-gerai jualan dari rakan strategik.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan