Penerangan
21 Mac 2024, Georgetown - Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2024 telah diadakan pada 21 Mac 2024 di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB. Dato' Seri Sundarajoo A/L Somu, Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh Pengarah JAS Pulau Pinang, YBrs. Tuan Norazizi bin Adinan serta wakil-wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan negeri.
Terdapat dua bahagian kertas pembentangan iaitu melibatkan Pelan Kontigensi Tumpahan Minyak Malaysia (MOSCoP) & Pemakaian Malaysia Oiled Wildlife Response Plan (MoWREP) dalam Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Peringkat Pulau Pinang yang mana disampaikan oleh wakil JAS Pulau Pinang manakala pembentangan kedua melibatkan isu-isu pencemaran di peringkat daerah oleh wakil-wakil Jabatan Pengairan dan Saliran. Pada masa sama pelbagai isu dan perkara berbangkit dibincangkan dalam mesyuarat ini. Ianya termasuklah aduan awam dan halatuju perancangan alam sekitar negeri.