Penerangan
23 MAC 2024, BUKIT MERTAJAM : JAS Pulau Pinang turut sama mengambil peluang menyantuni pelajar - pelajar tahfiz yang ada dikalangannya anak yatim dalam Program Singgah Sahur "Cintai Alam, Cintai Allah" anjuran Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara di Maahad Tahfiz Nahdzatul Islah.
JAS Pulau Pinang turut sama menyampaikan ceramah alam sekitar dan bermain kuiz bersama - sama pelajar di sini selepas bersahur dan solat subuh berjemaah. Pertubuhan Nur Salam turut menyumbangkan pokok kepada pengurusan maahad ini sempena Hari Bumi tidak lama lagi.
Adalah diharapkan sedikit sebanyak pelajar - pelajar di sini mendapat ilmu tentang alam yang akan mereka warisi satu hari nanti. Semakin mendalami ilmu alam, semakin manusia mengenal kebesaran Penciptanya