Penerangan
CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN DI DAERAH KUALA TERENGGANU, SETIU DAN BESUT
KUALA TERENGGANU, 10 Mac 2024- Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pada cuti hujung minggu, Isnin, 8 Mac 2024.
Rondaan dan pemantauan telah dilakukan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Setiu dan Besut.
Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan.
Pemantauan di kawasan tapak pelupusan sampah, penempatan kilang-kilang dan kawasan pantai turut dilakukan, bagi mengesan potensi pencemaran. Tiada kes-kes pencemaran dikesan dikawasan tersebut.
Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu sentiasa bersiap sedia memantau punca-punca pencemaran di negeri ini supaya berada pada tahap pematuhan yang baik.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama