Penerangan
KOMITMEN BERTERUSAN JAS TERENGGANU TANGANI PUNCA PENCEMARAN
KUALA TERENGGANU, 6 Mac 2024- Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pada cuti hujung minggu, Jumaat, 1 Mac 2024.
Rondaan dan pemantauan telah dilakukan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan.
Selain itu pasukan penguatkuasaan juga menjalankan siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka. Hasil siasatan didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka. Siasatan lamjut akan dijalankan bagi mengenalpasti pemilik tanah terlibat.
Pemantauan di kawasan pantai turut dilakukan, bagi mengesan potensi pencemaran bebola tar dan tumpahan minyak. Tiada kes-kes pencemaran dikesan dikawasan tersebut.
Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini berada pada keadaan yang baik.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama