Penerangan
CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN
TERENGGANU, 16 Mac 2024- Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pada Sabtu.
Rondaan dan pemantauan telah dilakukan Dungun, Marang, Hulu Terenggan dan Kuala Nerus .
Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan.
Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang turut dilakukan bagi mengesan potensi pencemaran. Tiada kes-kes pencemaran dikesan di kawasan tersebut.
Siasatan ke atas laporan hot spot dan aduan pembakaran juga dijalankan.
Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu sentiasa bersiap sedia memantau punca-punca pencemaran di negeri ini supaya berada dalam keadaan yang baik.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama