PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA-PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 27/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA-PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/03/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA-PUNCA PENCEMARAN   TERENGGANU, 10 Mac 2024- Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman, terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daearah ini pada cuti hujung, Jumaat, 8 Mac 2024.   Hasil rondaan dan pemantauan termasuk kawasan perindustrian didapati tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan.   Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang berpotensi kejadian tersebut dilakukan. Ianya sebagai peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan. Kawasan rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan penempatan kilang, kawasan kampung dan taman perumahan   Selain itu, pemeriksaan ke atas kemudahan infrastruktur check dam dan tube well di kawasan yang kering dan sering terbakar didapati berfungsi dengan baik.   Komitmen berterusan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini diharap dapat memastikan punca-punca pencemaran di daerah ini berada pada tahap pematuhan yang memuaskan..     #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan