Penerangan
CUACA PANAS DAN KERING, JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SEDIA PANTAU KAWASAN YANG BERPOTENSI PEMBAKARAN TERBUKA BERLAKU
KUALA TERENGGANU,TERENGGANU, 23 Mac 2024,Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus komited menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka ( OMPT) dan memantau punca- punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan di sekitar daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai. Pemasangan banner bagi memberi peringatan agar pembakaran terbuka tidak dilakukan. Ianya juga bagi memberi amaran keras berhubung kesalahan tersebut.
Pemeriksaan dan pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang dan tapak pelupusan sampah juga tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.
Komitmen berterusan operasi dan pantau punca pencemaran ini diharap dapat memastikan punca- punca pencemaran di negeri ini berada pada tahap pematuhan yang baik.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama