Penerangan
OPS CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PENCEMARAN DI KEMAMAN
KEMAMAN,TERENGGANU, 22 Mac 2024,Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka ( OMPT) dan memantau punca- punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil operasi dan pemantauan ini,
satu kes pembakaran terbuka di kawasan jirat cina Telok Kalong dikesan, sekaligus kejadian ini telah dimaklumkan kepada Jabatan Bomba Chukai .Kerja- kerja pemadaman serta pembinaan fire brick telah dijalankan oleh pihak bomba bagi mengelakkan api merebak ke kawasan sekitar dan dapat dipadamkan sepenuhnya.
Rondaan di sekitar Chukai, Mak Chili, Binjai, Mak Lagam, Geliga, Pantai Teluk Mak Nik, Bukit Kuang dan Kawasan Perindustrian Jakar menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai dan tiada kes- kes yang mencurigakan ditemui.
Walau bagaimanapun pemasangan banner telah dipasang di kawasan yang berpotensi aktiviti ini dilakukan bagi memberi amaran agar pembakaran terbuka tidak dilakukan di kawasan tersebut yang boleh menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar.
Pemeriksaan ke atas infrastruktur check dam di kawasan tanah gambut yang sering berlaku kebakaran berada dalam keadaan baik.
Pemantauan di kawasan pantai menunjukkan tiada sebarang tar ball dan tumpahan minyak dikesan.
Komitmen berterusan operasi dan pantau punca pencemaran ini diharap dapat memastikan punca- punca pencemaran di negeri ini berada pada tahap pematuhan yang baik.