PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PANTAU PUNCAPENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU

DOE Terengganu 27/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PANTAU PUNCAPENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/03/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PANTAU PUNCAPENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU KUALA TERENGGANU, 6 Mac 2024-  Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus  menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pada cuti hujung minggu, Sabtu, 2 Mac 2024. Rondaan dan pemantauan telah dilakukan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan  Hulu Terengganu. Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan. Selain itu pasukan penguatkuasaan juga menjalankan siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka. Hasil siasatan didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka. Individu terlibat telah diberi amaran keras dan peringatan tentang kesalahan tersebut. Siasatan terperinci  akan dijalankan bagi melengkapkan maklumat untuk tindakan lanjut. Pemantauan di kawasan tapak pelupusan sampah, penempatan kilang-kilang dan kawasan pantai turut dilakukan, bagi mengesan potensi pencemaran. Tiada kes-kes pencemaran dikesan dikawasan tersebut. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini berada pada keadaan yang baik. #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan