PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KESIAP SIAGA CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PENCEMARAN PADA CUACA PANAS DAN KERING

DOE Terengganu 27/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KESIAP SIAGA CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PENCEMARAN PADA CUACA PANAS DAN KERING
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/03/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KESIAP SIAGA CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PENCEMARAN PADA CUACA PANAS DAN KERING KEMAMAN,TERENGGANU, 23 Mac 2024,Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus komited menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka ( OMPT) dan memantau punca- punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan di sekitar daerah ini menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai. Pemasangan banner bagi memberi amaran keras agar pembakaran terbuka tidak dilakukan di kawasan yang berpotensi aktiviti ini dilakukan bagi memberi amaran keras berhubung kesalahan tersebut. Pemeriksaan dan pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang dan tapak pelupusan sampah juga tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan. Komitmen berterusan operasi dan pantau punca pencemaran ini diharap dapat memastikan punca- punca pencemaran di negeri ini berada pada tahap pematuhan yang baik. #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan