Penerangan
JAS TERENGGANU MEMERIAHKAN PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE ANJURAN CCC ECRL SEKSYEN 2
KUALA TERENGGANU, 5 Mac 2024-Penganjuran Program Pengumpulan E-Waste anjuran CCC ECRL dengan kerjasama MRL dan Syarikat KT Wan telah mendapat sambutan yang baik dari kakitangannya .
Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12 tengahari telah dijalankan di perkarangan pejabat syarikat ini yang terletak di Kg, Raja , Besut Terengganu.
JAS Terengganu sentiasa menyokong kerjasama rakan strategik dalam melaksanakan program pengumpulan e-waste daripada isi rumah bagi membantu masyarakat menguruskan e-waste yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi ini secara betul dan selamat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
JAS Terengganu merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi CCC ECRL Seksyen 2 dan MRL serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama