PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN

DOE Perlis 26/03/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/03/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

ARAU, 19 Mac 2024 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemeriksaan verifikasi sistem pengolahan efluen perindustrian (SPEP) di salah sebuah premis yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Jejawi, Arau, Perlis. Pemeriksaan verifikasi yang dijalankan berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) dan 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 merangkumi semakan lukisan sebagaimana binaan, keadaan pengoperasian sistem serta pemantauan prestasi di samping memastikan pemasangan peralatan dan komponen sistem pengolahan efluen tersebut menepati maklumat dalam dokumen Pemberitahuan Bertulis yang telah diperakukan oleh JAS Perlis sebelum ini. JAS Perlis mengingatkan agar setiap premis yang berpotensi mendatangkan pencemaran hendaklah bertanggungjawab mematuhi sepenuhnya keperluan perundangan yang digariskan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di sepanjang premis beroperasi bagi memastikan kualiti alam sekitar terus terpelihara. #nres #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_mac2024

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan