PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PUSAT SERVIS KENDERAAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL).

DOE WP Kuala Lumpur 26/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PUSAT SERVIS KENDERAAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL).
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/03/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

Kuala Lumpur, 04 Mac 2024 – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan pemeriksaan ke sebuah pusat servis kenderaan di sekitar Segambut, Kuala Lumpur. Premis menjalankan aktiviti mengecat kenderaan dan pemasangan body kit kenderaan. Premis ini adalah pengeluar buangan terjadual seperti antaranya buangan pelarut organik bukan terhalogen (SW 322) dan bekas yang dilupuskan yang dicemari dengan bahan kimia, racun perosak, minyak mineral atau buangan terjadual (SW 409). Pemeriksaan ke atas premis ini adalah berdasarkan Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Sebanyak 1 kompaun telah ditawarkan kepada pihak premis kerana pengurusan buangan terjadual yang tidak mematuhi peraturan. Pihak premis diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Sebarang ketidakpatuhan terhadap perundangan tersebut akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya. JAS WPKL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
  1. Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
  2. E-mel ke [email protected] ; dan
  3. Portal Aduan https://[email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan