Penerangan
Kuala Lumpur, 15 Mac 2024 – Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengikuti Program Test Acceptance Criteria Stesen Pengawasan Kualiti Udara Manual (MA05W) yang telah dipindahkan dari lokasi asal di Bangunan SCA Pudu ke lokasi baru di Taman Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur.
Program yang dilaksanakan oleh Bahagian Udara, JAS Ibu Pejabat melibatkan pegawai pengawasan daripada JASWPKL adalah bertujuan untuk memastikan perpindahan dan pemasangan peralatan di stesen baru mematuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan difahami oleh pegawai.
Terdapat 27 stesen pengawasan udara manual di seluruh Malaysia. Dua (2) daripada keseluruhan stesen pengawasan udara automatik adalah di bawah pengawasan JASWPKL yang bertujuan untuk pemantauan kualiti udara dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Lumpur.