Penerangan
KUALA PERLIS, 3 Mac 2024 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menerima jemputan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi Program Keprihatinan SLCP: Menyantuni Komuniti Madani di Kampung Padang Jamil di sini.
Program tersebut diadakan dengan objektif meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan alam sekitar dan tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran serta kesihatan kendiri.
Antara aktiviti yang berlangsung semasa program tersebut adalah taklimat, pertandingan kuiz dan pameran berkaitan alam sekitar serta gotong-royong plogging di kawasan pantai Kampung Padang Jamil dan Pulau Batu Layang bersama penduduk setempat.
JAS Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada pihak UUM atas penganjuran program ini yang berteraskan penjagaan alam sekitar dan amat mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai Institut Pengajian Awam (IPT) dalam usaha memupuk rasa kecintaan kepada alam sekitar yang bersih dan lestari demi masa depan warga belia negara ini.
Syabas kepada para peserta!!
#nres
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_mac2024