PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN PEMANTAUAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT), RONDAAN PANTAI DAN LAIN-LAIN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL)

DOE WP Labuan 26/03/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PEMANTAUAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT), RONDAAN PANTAI DAN LAIN-LAIN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/03/2024
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 23 Mac 2024- Pasukan rondaan darat Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 di Kawasan Industri, Pelabuhan, Belukar, Kampung-Kampung dan sepanjang pantai WPL. Hasil pemantauan dan rondaan OMPT terdapat satu kebakaran belukar di kawasan Kampung Muslim, WPL. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat WPL berada di lokasi untuk memadam api kebakaran tersebut dengan serta-merta bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Hasil daripada rondaan OMPT di kawasan bandar mendapati penduduk di kawasan Jalan OKK Abdullah, WPL melakukan pembakaran sampah sarap. Oleh itu, penduduk kawasan telah di beri amaran keras dan arahan untuk memadam api dengan serta-merta supaya api tidak merebak ke kawasan lain. Pemantauan di kawasan premis sekitar WPL turut dilakukan bagi mengesan potensi berlakunya pencemaran alam sekitar. Orang ramai diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan maka denda RM500,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau boleh dikenakan atau kompaun maksimum sebanyak RM2,000.00. Orang ramai juga boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_mac_2024

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan