Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN SIASATAN TUMPAHAN MINYAK DAN RONDAAN UNIT OMPT DAN UNIT PENGUATKUASAAN EIA
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 26/03/2024
- Organisasi
- DOE Sabah
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
LAPORAN SIASATAN TUMPAHAN MINYAK DAN RONDAAN UNIT OMPT DAN UNIT PENGUATKUASAAN EIA
TARIKH : 21.03.2024 (KHAMIS)
MASA : 2:00 - 4:00Pm
PEGAWAI PERONDA :
PP RK, PJ RZD & PJ MFM
KAW. RONDAAN:
Pejabat - KKIP - Sepanggar - Pejabat
TUGAS:
1. Siasatan aduan tumpahan minyak di jeti Sepanggar.
2. Rondaan OMPT.
PENEMUAN:
1. Aduan diterima melalui panggilan telefon daripada kakitangan Kinabalu North Shipyard & Maritime Sdn Bhd sekitar jam 11.20am.
2. Pengadu memaklumkan terdapat kilauan minyak hitam yang memasuki perairan jeti milik premis semasa air pasang.
3. Siasatan di lapangan mendapati masih terdapat kilauan minyak (oil sheen) dapat diperhatikan di jeti premis. Walaubagaimanapun tiada punca/sumber yang dikenalipasti melepaskan minyak.
4. Pemerhatian pada benteng batu yang didakwa arah datangnya serakan minyak masuk ke kawasan jeti juga tidak mempunyai kesan minyak.
5. Tinjauan di jeti berhampiran tidak mempunyai kesan minyak.
6. Persamaan tidak dijalankan kerana jumlah minyak di permukaan air laut agak sedikit dan tiada punca pencemar yang dikenalpasti.
7. Pemantauan akan diteruskan sekiranya masih terdapat kesan minyak di kawasan jeti.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. Pemantauan berterusan.
Cuaca : Panas.
Sekian dimaklumkan.