PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG ?? OPS GEMPUR RAYA JAS SABAH 2024 ??

DOE Sabah 26/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG ?? OPS GEMPUR RAYA JAS SABAH 2024 ??
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/03/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>BEAUFORT

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG ?? OPS GEMPUR RAYA JAS SABAH 2024 ?? TARIKH : 19.03.2024 (Selasa) MASA : 9.00 AM - 4.00 PM ANGGOTA : PPKK JJ & PJ MKA TUGAS : 1. Pemeriksaan susulan 3 hotspot dicerap pada 16.03.2024 di Sipitang 2. Mengambil keterangan pihak SOGIP berkaitan PT depan laluan utama SOGIP. 3. Rondaan Darat ?? KAWASAN RONDAAN: Beaufort - Lumadan - Sipitang (Kg. Banting, Kg. Luagan dan SOGIP) RUMUSAN 1??? Hotspot di Kg. Luagan. • Tiada asap aktif dan dijangka api padam sepenuhnya. 2??? Hotspot Kg. Banting / SOGIP • Tiada asap aktif dilihat. • Perjumpaan wakil pengurusan tapak SOGIP untuk mengambil keterangan iaitu En. Benedict selaku Pengurus Tapak Projek, En. Azrul selaku Pegawai Operasi / Jurutera dan En. Hadi Bazri selaku Technical Support. Wakil secara online En. Nazri selaku Eksekutif HSE. • Pemeriksaan pelan sempadan mendapati 2 hotspot dicerap di laluan masuk SOGIP bukan dalam sempadan tanah SOGIP sebaliknya tanah tersebut adalah milik SLDB yang dibangunkan melalui projek MESEJ Kg. Banting. • SOGIP dinasihatkan agar mengambil langkah pengawalan dan pencegahan PT di setiap sempadannya khususnya kawasan sensitif. Mensyorkan supaya SOGIP memantau persempadanannya yang mudah dicerobohi. • SOGIP diarah untuk membuat laporan bertulis kepada JAS Caw. Sipitang lokasi 2 hotspot berkenaan. • En. Nazri menjelaskan pihaknya telah memberikan tender kontraktor menjalankan kerja persempadanan tetapi skop kerja tertumpu kepada pembersihan sahaja. Dia akan cuba memasukkan skop sempadan kerja-kerja pagar dan perparitan. • Mengadakan hubungan erat dua hala SOGIP-JAS khususnya Cawangan Sipitang kerana agensi yang amat berkait rapat dengan isu-isu perindustrian dan pencegahan sebarang pencemaran daripada industri. TINDAKAN 1. Menyerahkan pamplet OMPT, e-WASTE, poster Pelupusan Haram, poster Pembangunan Lestari dan 3 unit banner Larangan PT kepada En. Benedict selaku Pengurus Tapak Operasi SOGIP. 2. Rondaan darat dan pemantauan aktiviti PT sepanjang jalan. Cuaca: Panas berawan. Sekian dilaporkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan