PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN UNIT OMPT

DOE Sabah 26/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN UNIT OMPT
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/03/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

LAPORAN RONDAAN UNIT OMPT TARIKH : 18.03.2024 (Isnin) MASA : 9.00AM -06.00 PM ANGGOTA : PP RK, PJ RZD & PMD Norman TUGAS : 1. Menyertai ops Gambut Bil 01 Kg. Takuli Beaufort 2. Rondaan Darat ?? KAWASAN RONDAAN: Pejabat - KK - Putatan - Kinarut - Papar - Bongawan - Beaufort RUMUSAN 1??? Ops Gambut Bil. 01 Kg. Takuli Beaufort. • Pusat kawalan tempat kejadian telah diwujudkan di Kg. Takuli untuk menyelaras operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di kawasan ladang nenas yang terbakar sejak 10 Mac 2024. Kebakaran telah dipadamkan pada 11 Mac 2024 namun kembali marak disebabkan cuaca panas dan kering. • Parit keliling telah dibina untuk mengelak rebakan api di kawasan penanaman nanas. • Keadaan air dalam parit berada pada tahap kritikal. Pihak bomba telah memohon pertolongan pengepaman telaga tiub yang berada berhampiran untuk dijadikan sumber air dalam operasi pemadaman. Operasi pemadaman di darat amat terhad disebabkan kekurangan air dalam parit yang digali. • Pihak bomba telah memohon bantuan heli bomba untuk membuat water bombing di Kg. Takuli. Tinjauan udara telah dilakukan pada hari ini dan pemadaman akan dilakukan pada hari esok. 2??? Rondaan Darat • Sepanjang perjalanan beberapa asap kebakaran dapat dilihat dari jalan utama. Tiada pembakaran di kawasan premis yang ditemui. TINDAKAN 1. Pemantauan berterusan semasa musim kemarau. Cuaca: Panas Sekian dilaporkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan