Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
TARIKH : 17.03.2024 (Ahad)
MASA : 11.30 AM- 4.30 PM
ANGGOTA : PPKK JJ, PPK WANA & PJ ER
TUGAS :
1. Siasatan 3 hotspot pada 16.03.2024 di Sipitang
2. Rondaan Darat
?? KAWASAN RONDAAN:
Beaufort - Lumadan - Sindumin - Kg Luagan-Kg Banting-Jalan Pantai Luagan-Beaufort
RUMUSAN
1??? Hotspot di Kg. Luagan
• Hotspot berkemungkinan berpunca daripada kebakaran belukar yang pernah terbakar sebelum ini dan pernah dilaporkan iaitu hotspot pada 1/3/24
• Status kebakaran masih aktif semasa siasatan
• Tiada akses untuk masuk ke kawasan terbakar menyebabkan BOMBA tidak dapat masuk untuk padam dan kebakaran merebak
2??? Hotspot Kg Banting
- Kawasan yang pernah terbakar sebelum ini terbakar semula. Hasil pertanyaan dengan orang sekitar, kebakaran berlaku sejak semalam dan cuaca berangin membantu kebakaran marak semula
- Kawasan terbakar ialah kawasan belukar
3??? Hotspot SOGIP
• kebakaran kembali aktif dan marak yang sebelumnya telah terbakar pada 2 minggu lepas yang dipadam oleh pasukan BOMBA tetapi hari ini tiada kelihatan kehadiran BOMBA.
• Pasukan penyiasat menyoal siasat pengawal di pondok Pos A SOGIP dan mendapatkan nombor telefon PIC SOGIP iaitu En. Benedict Angkui (013-874558) untuk tujuan mengambil keterangan.
• Dron diterbangkan dan telah merakam satu kawasan baharu terbakar iaitu belukar bersebelahan projek ZLNG dan SFI.
TINDAKAN
1. Menghubungi PIC HSE PCFSSB (EN. Khazrul) untuk memantau kawasan jeti PCFSSB.
2. Menghubungi En. Benedict (SOGIP).
3. Rondaan darat dan pemantauan aktiviti PT sepanjang jalan.
Cuaca: Panas tetapi berawan.
Sekian dilaporkan.
17/3/24