Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN KENDERAAN BERMOTOR BERSAMA IPD JEMPOL
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 26/03/2024
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Negeri Sembilan
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia Cawangan IPD Jempol telah menjalankan operasi bersepadu di Batu Kikir yang disertai oleh tujuh (7) pegawai penguatkuasa JAS Negeri Sembilan.
Ops Bersepadu merupakan salah satu inisiatif JAS bertujuan untuk meningkatkan penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas kenderaan bermotor bagi memastikan pelepasan asap hitam dari kenderaan diesel mematuhi standard pelepasan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Secara keseluruhannya, sebanyak tiga puluh (50 ) buah kenderaan dengan enjin diesel berbagai jenis telah telah diperiksa secara visual dan tujuh (20) buah kenderaan dengan enjin diesel telah diuji dengan alat pengukuran pelepasan asap dan hasil daripada ujian tersebut sepuluh (10) kenderaan yang disyor kompaun bagi kesalahan melepaskan asap hitam di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS Negeri Sembilan sentiasa menasihatkan kepada pemilik kenderaan berenjin diesel dan petrol supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan pada setiap masa.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama