Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI LIBAT URUS PINDAAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 SIRI 1 / 2024 – HALATUJU PENGUATKUASAAN 2024 SESI SOAL JAWAB BERSAMA KETUA PENGARAH ALAM SEKELILING
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 20/03/2024
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Selangor
Penerangan
Sesi libat urus ini telah diadakan pada 19 Februari 2024 sehingga 21 Februari 2024 di Hotel Concorde Shah Alam Selangor oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat. Sesi libat urus dihadiri oleh pegawai JAS Negeri dan Cawangan dan terdapat juga JAS yang hadir sesi libat urus ini secara maya melalui ‘Google Meet’.
Sesi libat urus ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Alam Sekeliling Dato’ Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaafar. Tujuan sesi libat urus ini diadakan adalah bagi memaklumkan kepada JAS Negeri berhubung perlaksanaan hala tuju dan gerak kerja penguatkuasaan bagi tahun 2024. Selain itu sesi libat urus ini juga memberi peluang kepada pihak pengurusan atasan berhubung prestasi terkini pencapaian penguatkuasaan setiap JAS Negeri bagi tahun 2023.
Sesi soal jawab bersama Ketua Pengarah dijalankan selepas ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah.