Penerangan
19 Mac 2024 AYER KEROH, MELAKA – Mesyuarat Perancangan dan Misi Juruterbang UAV / Dron Jabatan Alam Negeri Melaka Bil 01/2024 telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Alam Sekitar. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Encik Rosli bin Mustafa dan dihadiri oleh pegawai-pegawai teknikal Bahagian Pembangunan dan Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Seramai 14 orang pegawai telah dilantik untuk mengendalikan penerbangan dron.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membentangkan perancangan dan misi penerbangan yang akan dijalankan tahun 2024. Penerbangan dengan menggunakan dron merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam memperkasakan kerja-kerja penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeling 1974 di Negeri Melaka.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited dalam memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama