Penerangan
19 Mac 2024 AYER KEROH, MELAKA - Pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka diwakili Bahagian Operasi, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pentadbiran serta JAS Cawangan Tabuh Naning telah menjalankan program bertajuk ‘Di Sebalik Tirai Besi sempena Hari Bumi 2024’ melibatkan lawatan ke Penjara Pra Bebas Dusun Dato’ Murad yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Lawatan telah diadakan pada 4 Mac 2024 yang lepas.
Program yang julung kalinya dianjurkan secara bersama oleh Unit Pendidikan dan Kesedaran Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan Kelab Sukan dan Kebajikan JAS Negeri Melaka (KESMA). Program ini diharap dapat menyemai sifat keinsafan dan kesedaran serta pengukuhan integriti kepada pegawai-pegawai Jabatan dalam mencapai objektif Modul Pengukuhan Governas, Integriti, dan Antirasuah di bawah Pekeliling Am Bil 4 Tahun 2021. Perkongsian kisah suri tauladan telah diberikan oleh dua orang penghuni penjara iaitu seorang bekas penjawat awam dan agen jualan hartanah memberi peringatan dan pengajaran kepada para pegawai yang hadir dalam melaksanakan tanggungjawab terutama sebagai penguatkuasa di Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.
Di Penjara Pra Bebas ini dapat dilihat apabila berjasa kepada bumi membawa limpahan hasil dan rezeki kepada penghuni dan warga penjara tersebut. Penghuni penjara atau ‘prospek’ menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan seperti menanam sayur-sayuran, buah-buahan, cendawan, menternak lembu, kambing, ikan keli dan madu kelulut. Uniknya hasil penjara ini akan di ‘barter trade’ dengan penjara-penjara lain di sekitar selain dijual kepada orang ramai di hadapan bangunan Kementerian Dalam Negeri di ruangan Jualan Hasil Penjara.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama