PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS KEDAH PANTAU PENCEMARAN PADA HARI CUTI UMUM

DOE Kedah 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS KEDAH PANTAU PENCEMARAN PADA HARI CUTI UMUM
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

Kuala Muda - 11 Februari 2024 Pasukan penguatkuasa JAS Kedah (Cawangan Sungai Petani) telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan telah dijalankan di sekitar kawasan Kuala Muda. Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan. Nasihat, amaran dan edaran pamplet larangan pembakaran terbuka juga telah diberikan kepada orang awam di sekitar kawasan yang dironda tersebut. Kawasan rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan perindustrian, tapak pelupusan sampah, pemantauan kawasan sering terima aduan dan tapak-tapak pembinaan. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Kedah bagi memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini berada pada keadaan yang baik. Orang ramai diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00 atau tindakan mahkamah dengan hukuman tidak melebihi RM500,000.00 (lima ratus ribu ringgit) atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Tuan-tuan tanah dan premis juga diminta untuk memantau tanah serta premis masing-masing supaya tidak dijadikan tempat pengumpulan, pemprosesan serta pelupusan apa-apa sisa buangan terjadual. Kesalahan dibawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 ini boleh dikenakan hukuman maksima RM 500,000.00 (lima ratus ribu ringgit), MANDATORI penjara maksima 5 tahun serta kompaun RM2000 bagi tiap kesalahan. Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar dengan segera di talian bebas tol, 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan