PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH

DOE Kedah 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

13 Februari 2024 - Sungai Petani, Kedah Unit EIA Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan projek EIA bagi pembangunan yang melibatkan aktiviti perumahan di daerah Kuala Muda, Kedah. Lawatan ini dihadiri oleh pihak pemaju projek dan jururunding serta wakil-wakil daripada pihak agensi teknikal seperti Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sungai Petani, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah dan Syarikat Air Darulaman. Lawatan tapak dilaksanakan untuk memeriksa ketepatan maklumat yang dilaporkan dalam Laporan EIA serta menilai kesesuaian cadangan kawalan mitigasi dengan keperluan tapak projek. Ini adalah untuk memastikan bahawa cadangan kawalan mitigasi yang dicadangkan mencukupi dan sesuai dengan konteks persekitaran tapak cadangan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah berpegang teguh pada komitmen untuk memastikan setiap pembangunan dilaksanakan dengan mengambil kira kesan terhadap alam sekitar. Melalui kerjasamadengan semua agensi teknikal, impak negatif semasa pelaksanaan projek dapat dikenalpasti dan cadangan kawalan dapat dicadangkan untuk dilaksanakan di tapak projek. Ini merupakan satu langkah proaktif dalam memastikan pembangunan berteraskan alam sekitar yang mampan dan bertanggungjawab untuk mencapai keseimbangan yang baik antara pembangunan ekonomi dan pelestarian alam sekitar bagi kebaikan generasi masa depan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan