PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SYARAT-SYARAT KELULUSAN EIA KE ATAS PROJEK-PROJEK EIA DI DAERAH PADANG TERAP, KEDAH

DOE Kedah 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SYARAT-SYARAT KELULUSAN EIA KE ATAS PROJEK-PROJEK EIA DI DAERAH PADANG TERAP, KEDAH
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

13 Februari 2024, Kuala Nerang - Sepasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menjalankan pemeriksaan ke atas projek-projek EIA yang aktif di daerah Padang Terap terutamanya dalam peringkat kerja tanah dan fasa pembinaan. Pemeriksaan terhadap tapak projek EIA ini adalah bagi memastikan syarat-syarat kelulusan Laporan EIA di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi sepenuhnya oleh penggerak projek. Di samping itu, pemantauan pembakaran terbuka juga turut dijalankan bagi memastikan tiada pembakaran terbuka yang berlaku terutamanya dalam kawasan tapak projek. Penggerak projek juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya. Kehadiran penguatkuasa Jabatan ini di lapangan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara seiring dengan pembagunan negara yang lestari.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan