PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT EIA-TRC BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH

DOE Kedah 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT EIA-TRC BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

14 Februari 2024 - Alor Setar, Kedah Unit EIA JAS Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (EIA-TRC) untuk membincangkan Laporan EIA bagi cadangan projek pembangunan perumahan di daerah Kuala Muda, Kedah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Negeri Kedah, YBrs. Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab dan dihadiri oleh panel pengulas daripada agensi teknikal antaranya Jabatan Mineral dan Geosains, PLANMalaysia Kedah, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sungai Petani, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Syarikat Air Darulaman dan Indah Water Konsortium. Pemaju projek dan jururunding alam sekitar berdaftar yang dilantik telah membentangkan laporan EIA yang dicadangkan kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir. Pihak penggerak projek telah memberikan komitmen untuk mematuhi semua ulasan dari agensi teknikal bagi memastikan impak yang terhasil dari projek tersebut dapat dikawal.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan