Penerangan
5 Februari 2024 - Alor Setar
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab telah membuat kunjungan ke Pejabat
YB. Prof Dr. Haim Hilman bin Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi).
Tujuan kunjungan adalah untuk memperkenalkan pegawai-pegawai yang baru melapor diri di JAS Kedah yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Operasi, Encik Mohd Fitri bin Mohd Mokhtar, Timbalan Pengarah Pembangunan Encik Mohd Nazri bin Ramli serta Ketua Cawangan Sungai Petani, Encik Nur Mizhuari bin Abdul Samat. Turut hadir sama adalah Ketua Cawangan Kulim, Encik Faizal bin Abdul Jalil dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Encik Najmi bin Mohd Rasidi. Kunjungan hormat bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua pihak di samping membincangkan cadangan kerjasama yang boleh dijalin antara pihak JAS Negeri Kedah dengan kerajaan negeri terutama dalam usaha meningkatkan tahap pematuhan industri.