Penerangan
5 Februari 2024 - Alor Setar
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah, Lt. Kol (PA) Zairil Anuar Bin Zulmuji.
Semasa kunjungan hormat tersebut, pihak APM telah memberikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan APM kepada komuniti dan masyarakat khususnya di Negeri Kedah.
Selain itu, turut dibincangkan berkenaan jalinan kerjasama di antara kedua-dua pihak terutamanya dalam pemantauan pencemaran alam sekitar dan aspek pembangunan dan peningkatan modal insan melalui latihan bersama.