PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

JAS KEDAH HADIR 11th NATIONAL TRAINING COURSE 2024 (NTC 2024) ON ENVIRONMENTAL RADIOACTIVITY MONITORING

DOE Kedah 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS KEDAH HADIR 11th NATIONAL TRAINING COURSE 2024 (NTC 2024) ON ENVIRONMENTAL RADIOACTIVITY MONITORING
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

BANGI, 9 Februari 2024 - Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dengan kerjasama Japan Atomic Energy Agency (JAEA) telah menganjurkan Program 11th National Training Course 2024 (NTC 2024) on Environmental Radioactivity Monitoring (ERM) yang berlangsung selama lima hari bermula 5 hingga 9 Februari 2024. Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan berkaitan pemantauan radioaktiviti alam sekitar kepada para peserta serta pendedahan kepada isu semasa yang berlaku di Fukushima, Jepun. Kursus ini telah turut disertai peserta daripada JAS Kedah iaitu En Muhammad Humaidi bin Mansor. Para peserta yang turut hadir adalah daripada Agensi Nuklear Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah dan Perbadanan Menteri Besar Kedah. Para penceramah terdiri daripada kalangan Pegawai Penyelidik Agensi Nuklear Malaysia serta pakar daripada JAEA iaitu Mr Hiroki Fujita dan Mr Togashi Yoshihiro.Peserta kursus telah didedahkan dengan ilmu berkaitan radioaktif melalui pembelajaran di dalam kelas dan latihan praktikal di lapangan serta di dalam makmal.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan