Penerangan
15 Februari 2024 – Alor Setar, Kedah
Pada 1 Disember 2022, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menganugerahkan satu geran penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari kepada Fakulti Undang-Undang (“FUU??), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tujuan projek penyelidikan tersebut adalah bagi pihak FUU menjalankan satu penyelidikan yang bertajuk “Resilience and Security of Water through Sustainable Localised Domestic Wastewater Reclamation??. Usaha yang dijalankan ini adalah seiring dengan usaha Kerajaan Malaysia dalam mencapai potensi sumber air negara selaras dengan objektif-objektif dalam Dasar Sumber Air Negara 2012, Green Technology Master Plan 2017-2030, dan Pelan Malaysia ke-12 (2021-2025).
Berikutan itu, bagi merealisasikan objektif penyelidikan ini, pihak penyelidik FUU telah mengadakan sesi perbincangan ataupun Focus Group Discussion (“FGD??) bersama dengan pihak-pihak yang terlibat dalam bidang air kumbahan di Malaysia bagi tujuan mendapatkan
input dan maklumat daripada pihak-pihak terbabit berkenaan, antara lain, skop dan tema penyelidikan ini. Antara Jabatan dan Agensi yang dijemput ke perbincangan FGD ini adalah Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan Indah Water Korsortium.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah menghadiri perbincangan FGD tersebut pada 15 Februari 2024 yang telah diadakan di Hotel Grand Arora, Alor Setar. Kedah bagi menyumbang buah fikiran dan maklumat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan dalam kawal selia yang dilaksanakan oleh JAS. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah akan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak akademia dan Universiti dalam memertabatkan Kajian Penggunaan Semula Air Kumbahan Yang dirawat untuk diguna semula di Malaysia dapat direalisasikan di masa hadapan.