PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAWATAN KE TAPAK PERMOHONAN INPUT PEMBANGUNAN DI DAERAH KUBANG PASU BERSAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DAN AGENSI TEKNIKAL LUARAN (ATL) NEGERI KEDAH

DOE Kedah 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KE TAPAK PERMOHONAN INPUT PEMBANGUNAN DI DAERAH KUBANG PASU BERSAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DAN AGENSI TEKNIKAL LUARAN (ATL) NEGERI KEDAH
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

19 Februari 2024 - Kubang Pasu Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menghadiri lawatan ke tapak lokasi cadangan permohonan lesen pajakan melombong bagi mineral bijih timah di Hutan Simpan Koh Moi Mukim Temin Daerah Kubang Pasu yang dianjurkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah. Lawatan ini juga dihadiri oleh wakil-wakil agensi teknikal luaran dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mendapatkan input berkaitan keperluan setiap agensi. JAS menitikberatkan supaya kaedah melombong yang akan dijalankan di tapak perlu mengambilkira langkah-langkah kawalan pencemaran bagi mengawal dan mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Antara faktor-faktor lain yang perlu diambil pertimbangan juga adalah cadangan jalan keluar masuk ke tapak kompartmen dan kelulusan/permit agensi yang terlibat. Ini bagi memastikan kelestarian alam sekitar tetap terjaga.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan