PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

[HEBAHAN KERATAN AKHBAR BERNAMA ONLINE] KILANG PROSES KERTAS TERPAKAI DITAHAN OPERASI SEBAB PENCEMARAN BAU

DOE Kedah 19/03/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
[HEBAHAN KERATAN AKHBAR BERNAMA ONLINE] KILANG PROSES KERTAS TERPAKAI DITAHAN OPERASI SEBAB PENCEMARAN BAU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

SUNGAI PETANI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah telah menerima aduan orang awam berkaitan bau busuk yang mengganggu aktiviti harian penduduk di Kampung Tikam Batu Hujung, Tikam Batu, Kedah. Susulan itu, satu siasatan telah dijalankan bagi mengesan masalah bau di sekitar perumahan penduduk yang terletak tidak jauh dari Kawasan Perindustrian Tikam Batu. Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati bau busuk disyaki berpunca daripada masalah sistem pengolahan efluen perindustrian dari sebuah kilang di kawasan terbabit. "Kilang ini juga didapati gagal memastikan semua komponen sistem pengolahan efluen perindustrian berfungsi dengan baik di mana kandungan oksigen terlarut di kolam pengoksidaan tidak berada dalam julat yang telah ditetapkan oleh JAS. "Dalam masa sama, siasatan lanjut juga mendapati terdapat kesan enapan yang disyaki berpunca daripada pelepasan efluen yang tidak mematuhi had ditetapkan JAS di kawasan alur air dari kawasan kilang tersebut," katanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan