PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

[HEBAHAN KERATAN AKHBAR UTUSAN ONLINE] *Kilang sebabkan pencemaran bau ditahan operasi*

DOE Kedah 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
[HEBAHAN KERATAN AKHBAR UTUSAN ONLINE] *Kilang sebabkan pencemaran bau ditahan operasi*
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan operasi sebuah kilang memproses kertas terpakai yang dikesan menyebabkan pencemaran dan bau busuk di Kawasan Perindustrian Tikam Batu, Sungai Petani. Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, tindakan itu diambil pihaknya selepas menerima aduan awam berkaitan bau busuk di Kampung Tikam Batu Hujung, semalam. “Hasil pemeriksaan mendapati bau busuk disyaki berpunca daripada masalah sistem pengolahan efluen perindustrian dari sebuah kilang di kawasan terbabit. Menurutnya, kilang tersebut dikatakan menjalankan aktiviti memproses kertas terpakai untuk dijadikan produk kertas iaitu dikenali 'corrugated medium paper'. "Kilang ini juga didapati gagal memastikan semua komponen sistem pengolahan efluen perindustrian berfungsi dengan baik di mana kandungan oksigen terlarut di kolam pengoksidaan tidak berada dalam julat yang telah ditetapkan oleh JAS. "Dalam masa sama, siasatan lanjut juga mendapati terdapat kesan enapan yang disyaki berpunca daripada pelepasan efluen yang tidak mematuhi had ditetapkan JAS di kawasan alur air dari kawasan kilang tersebut," katanya.Beliau berkata, tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) bawah Seksyen 38 (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 telah dikenakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan