PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

[HEBAHAN AKHBAR KOSMO ONLINE] JAS Kedah bongkar premis cuci bekas bahan kimia terpakai secara haram

DOE Kedah 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
[HEBAHAN AKHBAR KOSMO ONLINE] JAS Kedah bongkar premis cuci bekas bahan kimia terpakai secara haram
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

SUNGAI PETANI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan sebuah premis yang disyaki menjalankan aktiviti pemerolehan kembali buangan terjadual iaitu bekas bahan kimia terpakai secara haram di Kawasan Perindustrian Sungai Petani, di sini semalam. Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, premis tersebut disyaki melepaskan efluen yang tidak mematuhi had ditetapkan berdasarkan kesan pada longkang di hadapan premis. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati premis itu menjalankan aktiviti pembungkusan bahan kimia. “Premis itu menerima bekas-bekas bahan kimia terpakai, membersihkannya dan diisi dengan bahan kimia baharu sebelum dihantar kepada pembeli,?? katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, bekas-bekas bahan kimia terpakai merupakan buangan terjadual dengan kod buangan SW 409 berdasarkan Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. “Sebarang aktiviti penstoran luar tapak atau pemerolehan kembali buangan terjadual (aktiviti pencucian bekas-bekas bahan kimia terpakai) memerlukan kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan kelulusan lesen di bawah Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan