PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Majlis Hi-Tea Apresiasi & Jalinan Agensi-Agensi Teknikal Bersama MIDA Kedah/Perlis.

DOE Kedah 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Majlis Hi-Tea Apresiasi & Jalinan Agensi-Agensi Teknikal Bersama MIDA Kedah/Perlis.
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah dijemput ke Majlis Hi-Tea Apresiasi & Jalinan Agensi-Agensi Teknikal anjuran MIDA Kedah/ Perlis yang telah diadakan pada 25 Februari 2024 bertempat di Raia Hotel & Convection Centre Alor Setar. Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah JAS Negeri Kedah bersama-sama pegawai Encik Mohamad Najmi bin Mohamad Rasidi,dan Encik Muhammad Humaidi bin Mansor dari Bahagian Pembangunan, JAS Kedah telah hadir memenuhi jemputan tersebut. Majlis yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menghargai kerjasama yang telah disalurkan oleh agensi-agensi teknikal bagi memudahcara setiap isu berkaitan pelaburan tempatan dan asing di negeri Kedah. Kerjasama yang padu ini antara pihak MIDA, agensi kerajaan dan pemain industri adalah untuk memperhebat pembangunan industri dalam usaha merealisasikan 'The Greater Kedah'. Turut hadir ke majlis tersebut ialah YB. Dr. Haim Hilman bin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah. Dalam majlis tersebut, YB Dr. Haim Hilman menghargai peranan setiap agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam membantu menyokong pelaburan sehingga menjadikan negeri Kedah sebagai tempat pelaburan asing.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan