Penerangan
Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sungai Petani, Kedah Encik Nur Mizhuari bin Haji Abdul Samat telah membuat kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Kedah, YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus.
Sesi kunjungan hormat ini telah diadakan di pejabat YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) di Menara MPSPK dan hadir sama, Penolong Pegawai Kawalan Kanan Alam Sekitar, Puan Noraini binti Abd Razak.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi memberi penerangan berhubung isu-isu yang melibatkan peranan JAS Cawangan Sungai Petani dalam pembangunan negeri Kedah di Daerah Kuala Muda serta pematuhan ke atas Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Selain itu, ianya juga bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua pihak di samping membincangkan cadangan kerjasama yang boleh dijalin antara pihak JAS Cawangan Sungai Petani dengan pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) terutama dalam program penguatkuasaan dan pematuhan industri-industri di Daerah Kuala Muda terhadap AKAS 1974.