Penerangan
15 Mac 2024 - Tuan Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC., CePEOEIA, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL), mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif PLWPL, YBrs Tuan Hj. Rithuan Bin Hj. Mohd Ismail.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan antara JASWPL dan PLWPL khususnya mengenai pembangunan lestari. Selain itu antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan skop operasi penguatkuasaan bersepadu antara agensi, dan kerjasama berkaitan penganjuran aktiviti kesedaran awam mengenai alam sekitar.
JASWPL ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak PLWPL kerana sudi menerima kunjungan hormat daripada JASWPL.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_mac_2024