PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN PEMANTAUAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT), RONDAAN PANTAI DAN LAIN-LAIN PUNCA PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)

DOE WP Labuan 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PEMANTAUAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT), RONDAAN PANTAI DAN LAIN-LAIN PUNCA PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

  WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 17 Mac 2024- Pasukan penguatkuasaan JASWPL menjalankan penguatkuasaan OMPT serta memantau punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 di Kawasan Industri, Pelabuhan, Belukar, Kampung-Kampung dan sepanjang pantai. Hasil pemantauan melaluii rondaan OMPT terdapat satu kebakaran hutan di tepi pantai di kawasan Nagalang arah ke Kerupang, W.P. Labuan. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat WPL berada di lokasi untuk memadam kebakaran tersebut dengan serta-merta bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Pemantauan di kawasan premis sekitar W.P. Labuan turut dilakukan bagi mengesan potensi berlakunya pencemaran alam sekitar. Hasil dari pemantauan melalui rondaan ini tiada kes-kes pencemaran alam sekitar dikesan di kawasan rondaan. Orang ramai adalah diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan denda RM500,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM2,000.00. Orang ramai juga boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_mac_2024  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan