W.P. LABUAN, 16 Mac 2024- Pasukan rondaan darat Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 di Kawasan Industri, Pelabuhan, Belukar, Kampung-Kampung dan sepanjang pantai.
Hasil pemantauan dan rondaan OMPT terdapat satu kebakaran lalang di kawasan Industri Rancha-Rancha. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat WPL berada di lokasi untuk memadam api kebakaran tersebut dengan serta-merta.
Pemantauan di kawasan premis sekitar WPL turut dilakukan bagi mengesan potensi berlakunya pencemaran. Hasil dari rondaan dan pemantauan ini tiada kes-kes pencemaran dikesan di kawasan tersebut.
Orang ramai adalah diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan denda RM500,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM2,000.00.
Orang ramai juga boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_mac_2024