15 Mac 2024 (Jumaat) – Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan telah menjalankan operasi penguatkuasaan di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Penguatkuasaan ini dijalankan bagi memastikan tiada individu boleh membenarkan enjin mana-mana kenderaan motor dihidupkan semasa kenderaan motor itu tidak bergerak selama lebih dari 3 minit dalam kawasan tertutup atau kawasan letak kereta separa tertutup atau mana-mana perhentian.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian hotline 010-2708772 atau ke portal aduan https://
[email protected].
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_mac_2024