Penerangan
13 Mac 2024, W.P. LABUAN - Program penguatkuasaan kenderaan motor dijalankan di Jalan Pesisir, Kampung Kerupang Nagalang, W. P. Labuan.
Program ini bertujuan untuk memastikan pelepasan asap hitam dari kenderaan motor daripada enjin petrol dan diesel sepertimana yang termaktub di dalam Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996 dipatuhi sepenuhnya.
Sebarang bentuk aduan mengenai pencemaran alam sekitar boleh menghubungi JASWPL untuk sebarang aduan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian WhatsApp 010-270 8772 atau 087-408772.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_mac_2024