Penerangan
Sukacitanya dimaklumkan bahawa JASWPL dengan kerjasama Perbandaran Labuan, telah mewujudkan Pusat Pengumpulan E-Waste yang terletak di Stesen Teksi, berhadapan dengan UTC W.P. Labuan.
Pada sepanjang bulan Februari 2024, sebanyak 81 kg E-Waste telah berjaya dikumpulkan.
Orang ramai disarankan untuk membuang sisa buangan elektrik dan elektronik isi rumah (Household E-Waste) ke dalam tong roro yang telah disediakan secara teratur.
Peringatan:
Hanya E-Waste dari isi rumah sahaja yang dibenarkan. Aset KERAJAAN mahupun INDUSTRI hendaklah dilupuskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Sekian terima kasih.
"ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_mac_2024