PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMBAHARUAN LESEN TAHUN 2024/2025

DOE WP Labuan 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMBAHARUAN LESEN TAHUN 2024/2025
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

  Wilayah Persekutuan Labuan (WPL), 12 Mac 2024 - Selaras dengan kehendak Seksyen 18 (1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, satu pemeriksaan dijalankan oleh Unit Pelesenan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) terhadap 5 premis kemudahan penstoran luar tapak buangan terjadual dan 1 premis kemudahan penunu buangan hospital yang akan melalui proses pembaharuan lesen bermula Januari hingga April 2024. Kemudahan penstoran luar tapak buangan terjadual dan penunu buangan hospital yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) hendaklah melalui proses pemeriksaan verifikasi sebelum pembaharuan lesen oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Ini bagi memastikan kemudahan yang dilesenkan mematuhi keperluan syarat-syarat lesen seperti keperluan Orang Yang Berwibawa (OYB) di bawah Seksyen 49A, jenis dan kuantiti buangan terjadual yang dibenarkan distor dan juga penyediaan peralatan kecemasan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di premis yang ditetapkan di WPL. Semua premis yang ditetapkan hendaklah sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_mac_2024  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan