Penerangan
9 MAC 2024, Wilayah Persekutuan Labuan - JASWPL telah menjalankan Ops Gempur pada 8 Mac 2024 ke atas beberapa premis di sini. Dalam operasi ini pasukan penguatkuasa JASWPL membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis.
Sebanyak satu Arahan Lapangan dan dua Notis Arahan telah dikeluarkan serta dua kertas siasatan dibuka ke atas premis berkaitan bagi kesalahan dibawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Sehubungan itu, para pemain industri dinasihatkan agar memastikan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 dipatuhi sepenuhnya semasa beroperasi.
Pemantauan oleh pegawai penguatkuasa JASWPL sentiasa dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap AKAS, 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_mac_2024