PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN PEMBAKARAN TERBUKA

DOE WP Labuan 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN PEMBAKARAN TERBUKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

13 MAC 2024, W.P. Labuan – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan siasatan kebakaran belukar yang berlaku pada malam kelmarin. Hasil siasatan pasukan penguatkuasa JASWPL menjumpai kesan-kesan kebakaran belukar di kawasan yang berlaku iaitu di belakang Hotel Labuan Inn, W.P. Labuan. Adalah diingatkan bahawa melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kompaun sebanyak RM2,000.00. JASWPL sentiasa komited menjalankan pemantauan berterusan melalui Ops Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap AKAS, 1974. Orang ramai diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui dua saluran berikut: Talian Bebas 087-408772; Talian Hotline 010-2708772 Portal Aduan https://[email protected] #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_mac_2024  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan