PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN PEMBAKARAN TERBUKA

DOE WP Labuan 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN PEMBAKARAN TERBUKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

11 MAC 2024, WP Labuan – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka yang diterima. Hasil siasatan pasukan penguatkuasa JASWPL menjumpai kesan-kesan pembakaran di kawasan yang diadu iaitu di kawasan tanah perkuburan. Pamplet mengenai larangan pembakaran terbuka telah diedarkan kepada penduduk di kawasan yang berhampiran dengan lokasi pembakaran terbuka. Adalah diingatkan bahawa melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pelaku boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000.00 atau dikenakan denda maksimum RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun. JASWPL sentiasa komited melakukan pemantauan secara berterusan melalui Ops Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui dua saluran berikut: Talian Bebas 087-408772; Talian Hotline 010-2708772 Portal Aduan https://[email protected] #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_mac_2024  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan